Watak Masked Rider Blade

  • Kenzaki Kazuma (剣崎一真):Dipilih oleh Organisasi B.O.A.R.D,pemuda berusia 22 tahun ini menggunakan Category Ace of Spades (Change Beetle) yang dimeterai untuk menjadi Blade.Dilakonkan oleh Tsubaki Takayuki (椿隆之).
  • Tachibana Sakuya (橘 朔也):Dipilih oleh Organisasi B.O.A.R.D,pemuda berusia 25 tahun ini menggunakan Category Ace of Diamonds (Change Stag) yang dimeterai untuk menjadi Garren.Beliau mempunyai ketakutan bertukar menjadi Garren kerana beliau percaya menggunakan Sistem Rider secara berlebihan akan memakan dirinya.Dilakonkan oleh Amano Hironari (天野浩成).
  • Aikawa Hajime(相川 始):Juga dikenali sebagi Joker.Beliau bukanlah manusia tetapi undead.Menpunyai perasaan ingin menjadi manusia selepas tinggal bersama keluarga Kurihara.Pemuda berusia 23 tahun ini menggunakan Category Ace of Hearts (Change Mantis) yang dimeterai untuk bertukar menjadi Chalice. Dilakonkan Morimoto Ryouji (森本亮治).
  • Kamijou Mutsuki (上城睦月):Pemuda berusia 17 tahun yang lemah semangat,Mutsuki telah dipilih oleh Category Ace of Clubs (Spider Undead) untuk menjadi Leangle,walaupun keberatan pada mulanya.Kemudian beliau mula gila kuasa kerana sebahagian dari Category Ace mula menguasai mindanya.Dilakonkan oleh Houjou Takahiro (北条隆博).
  • Hirose Shiori (広瀬 栞): Salah seorang ahli B.O.A.R.D yang masih hidup selepas organisasi itu diserang oleh Undead yang dilepaskan.Berusai 20 tahun,Shiori membantu Rider-rider mengesan Undead dengan komputer pengesan Undeadnya.Dilakonkan oleh Egawa Yumi (江川有未).
  • Shirai Kotarou (白井虎太郎):Seorang penulis berbakat.Berusia 23 tahun,Shirai membantu misi Kazuma dan Shiori dengan memberikan mereka tempat tinggal.Beliau suka meminum susu.Dilakokan oleh Takezai Terunozuke (竹財輝之助).